2 Mei 2017 – Seramai 58 orang pelajar berjaya mendapat biasiswa pengajian pelajar dalam negara tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria bin Othman berkata, para pelajar ini bakal menerima Rm3,750 setiap semester dengan purata RM7,500 setahun selama tempoh pengajian.

…RM7,500 ini diberikan kepada para pelajar ini sebagai membantu mereka sekaligus menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berjaya dalam akademik dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

Walaubagaimanapun katanya, setiap pelajar ini mesti mengemukakan keputusan peperiksaan mereka setiap semester kepada LZNK.

…kita mewajibkan pelajar yang mendapat biasiswa ini untuk menghantar keputusan semester mereka untuk kita (LZNK) teruskan pembiayaan biasiswa ini.

Bagi memastikan duit zakat yang disalurkan melalui bantuan ini tidak disia-siakan, para pelajar ini haruslah mendapat sekurang-kurangnya 3.5 dalam CGPA mereka setiap semester bagi membolehkan mereka terus menikmati bantuan ini.