BALING, 15 OGOS 2018 – Bahagian Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Baling telah mengadakan Program Santuni Asnaf di sekitar Kariah Baru Ulu Legong, Baling Kedah.

Dalam program tersebut sebanyak 9 keluarga dari Kampung Baru Ulu Legong, Baling telah menerima sumbangan tunai dan barangan makanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama jawatankuasa Kariah Masjid Baru Ulu Legong, syarikat korporat serta agensi kerajaan dan badan berkanun.

Menurutnya lagi, antara syarikat dan agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Syarikat Maker Recipe Sdn. Bhd (Kilang Cap O), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daerah Baling dan Ejen Sekolah Agama, Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah serta Maahad Al-Iman Li Ulumil Quran.

Beliau berkata, (LZNK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Katanya lagi, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat menyalurkan info berkenaan terus kepada Zakat Kedah, Selain itu maklumat itu juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid seluruh negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf