SIK, 15 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik baru-baru ini berkesempatan turun padang bagi menziarahi dan menyantuni penghuni warga emas Baitu Saodah di Pondok Ampang Jeneri, Kedah.

Menurut Pegawai Zakat Sik, Ust Khairul Nizam, seramai 18 orang penghuni warga emas yang mengikuti pengajian di Pondok Ampang Jeneri menerima tajaan bantuan zakat.

Tambahnya lagi, bantuan tajaan ini adalah khas buat warga emas fakir miskin yang berminat mengikuti pengajian di pondok tersebut, menurut beliau, sebanyak RM48,000 telah diperuntukan setahun untuk disalurkan kepada penghuni yang berstatus miskin di Pondok itu.

Dalam pada itu, Zaiton Saad atau mesra dengan panggilan mak Ton, 65 tahun yang juga merupakan seorang penghuni Baitu Saodah lebih 9 tahun turut menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) di atas bantuan yang diterima mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf