2 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menerima Ketua Pegawai Eksekutif baharu apabila Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali Haji Yaacob telah secara rasminya bersara bermula hari ini.

Mantan Ketua Pegawai eksekutif LZNK yang telah berkhidmat selama 24 tahun bersama LZNK telah banyak melakukan perubahan dan penambahbaikan.

…kita seharusnya berterima kasih kepada Dato’ Syeikh Ghazali atas penambahbaikan yang dapat dilihat sepanjang beliau berkhidmat dengan LZNK kerana ramai asnaf yang telah terbela berbanding tahun sebelum itu.

Dalam majlis sambutan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Y.Bhg. Tuan Haji Zakaria bin Othman turut mengulas beberapa penambahbaikan akan terus direncanakan bagi merancakkan aktiviti kutipan dan agihan zakat khusus untuk penduduk negeri Kedah.

…insya Allah, kita (LZNK) akan menyemak kembali prosedur-prosedur permohonan bantuan untuk memudahkan dan menyingkatkan masa penerimaan bantuan serta beberapa perkara lain.

Tambah beliau, LZNK bakal menjadi institusi agama yang dicontohi oleh badan-badan agama lain.

…LZNK akan terus berkembang seiring dengan era teknologi daripada semasa ke semasa sekaligus menjadi ikutan dan contoh kepada institusi lain.

Beliau yang pernah bekerja di Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Kolej Unniversiti Insaniah (KUIN) sebelum ini turut berkongsi pengalaman dengan kakitangan LZNK.

…insya Allah, saya akan cuba membuat beberapa siri penambahan dan saya memerlukan sokongan daripada warga kerja LZNK supaya membantu saya dalam usaha memartabatkan LZNK di mata masyarakat.