30 Mac 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menerima kunjungan daripada individu yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak tanah air, Baddrol Bakhtiar, 29.

Beliau yang hadir bersendirian di Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah hari ini menunaikan kewajipan berzakat.

Pemain yang berketinggian 1.82 meter itu merupakan antara pemain yang tegar dalam melaksanakan tuntutan agama di LZNK.

…terima kasih tak terhingga kepada pemain sayap/tengah pasukan Hijau Kuning ini yang terus menunaikan kewajipan zakat kepada LZNK. Doa kami, semoga pasukan Hijau Kuning akan terus meraih kejayaan demi kejayaan dan menjadi contoh kepada pasukan di luar sana untuk terus berzakat.