KUALA MUDA, 10 FEBRUARI 2019 – Usaha murni Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam mengagihkan bantuan zakat terus kepada asnaf fakir miskin yang memerlukan terus giat dijalankan ke seluruh pelusuk Negeri Kedah khususnya.

Dalam kepelbagaian skim bantuan zakat yang disediakan, salah satu bantuan zakat yang dapat membangunkan ekonomi para asnaf di luar sana, iaitu bantuan perniagaan Jayadiri.

Terdahulu, Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui PZD Daerah Kuala Muda telah menyerahkan Bantuan Jayadiri  kepada 5 orang penerima bantuan tersebut sepanjang bulan Januari 2019 meliputi Daerah Kuala Muda.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Ustaz Shabudin berkata, beliau amat berharap agar bantuan yang diterima oleh mereka tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi memajukan lagi ekonomi kehidupan mereka seharian.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa antara hasrat LZNK dalam menyalurkan Bantuan Jayadiri atau Bantuan Perniagaan ini adalah sebagai salah satu platform kepada asnaf untuk berusaha mengeluarkan diri masing-masing dari kepompong kemiskinan.

Sehubungan itu, Zakat Kedah juga berhasrat agar asnaf yang menerima bantuan ini akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat pada satu hari nanti dan sekaligus dapat membantu asnaf lain di luar sana yang memerlukan bantuan zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf