BALING, 5 MEI 2019 – Berikutan hujan lebat dan angin kencang pada lewat petang baru-baru ini kira-kira jam 6.00 petang di Kampung Selarong, Mukim Bakai telah mengakibatkan beberapa buah kediaman musnah teruk akibat dibadai ribut.

Ekoran daripada kejadian tersebut, salah seorang mangsa menyifatkan kejadian yang berlaku itu merupakan kali kedua dalam sejarah selama mereka tinggal di kampung terbabit.

Susulan ribut yang berlaku menyebabkan bumbung dan atap yang diterbangkan angin, sudah tidak dapat digunakan lagi. Kejadian tersebut mendapat perhatian Penolong Amil Kariah Selarong, Ustaz Zolkifli said dan pejabat zakat daerah baling.

Kunjungan bertujuan menghulur bantuan segera berupa kita makanan barangan asas disalurkan oleh LZNK melalui pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim.

Tambah beliau, pihak LZNK akan menghulurkan bantuan setelah segala dokumentasi oleh mangsa2 tersebut selesai.

Turut dimaklumkan, bantuan kerosakkan yang akan dibantu oleh Pihak LZNK akan dinilai oleh amil kariah kerana keadaan rumah-rumah mangsa yg mengalami kerosakkan tidak sama.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”