YAN, 31 OKTOBER 2018 – Menunaikan zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Perintah menunaikan zakat seiring didatangkan bersama perintah mendirikan solat. Namun segelintir masyarakat diluar sana masih kurang pendedahan berkenaan zakat.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Yan Hj Logman Husain bersama kakitangan beliau hadir ke Hospital Daerah Yan bagi memberikan penerangan berkenaan zakat pendapatan kepada kakitangan hospital tersebut.

Kakitangan yang terlibat sekitar 30 orang meluangkan masa bagi mendengar pencerahan yang diberikan. Kebanyakan daripada mereka telah membuat bayaran zakat pendapatan namun taklimat ini bagi memastikan pembayaran zakat yang ditunaikan mengikut taksiran yang tepat.

Apa yang diharapkan dengan usaha dakwah ini, kutipan zakat dapat dipertingkatkan lagi supaya dengan hasil zakat ini dapat membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan khususnya di Negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf