POKOK SENA, 31 OKTOBER 2018 – Berikutan hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan 6 keluarga yang tinggal di Kampung Alor Senibong telah terjejas akibat ribut yang melanda di sekitar daerah Pokok Sena baru-baru ini.

Menurut maklumat yang diperolehi oleh salah seorang mangsa, kejadian ribut itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang.

“Mula-mula tu saya memang tak tau lagi kata ribut, sebab ingat hujan dan angin biasa saja, tapi selepas beberapa minit saya dengan bunyi angin itu makin kuat, tengok dekat tingkap nampak pusaran puting beliung”

“Semasa puting beliung itu jadi lah habis bumbung rumah saya dan juga jiran berdekatan diterbangkan angin ribut” katanya.

Di samping itu, rata-rata mangsa ribut memohon agar bantuan segera dapat disalurkan bagi meringankan beban mereka sekaligus membaiki rumah yang rosak akibat  bencana tersebut.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Pokok Sena, Ustaz Mohd Sani Harun turut serta dalam lawatan ke rumah mangsa ribut sekaligus menyalurkan bantuan kecemasan berupa kit bantuan makanan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan cuba membantu bagi menyalurkan bantuan dalam masa yang singkat kepada 6 keluarga yang terjejas  tersebut bagi membolehkan mereka untuk membaik pulih kediaman yang rosak susulan bencana tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf