YAN, 04 MAC 2020 – Apabila sebut sahaja kurma daging, rendang mahupun kari ikan, rencah utamanya iaitu santan tidak pernah ditinggalkan.

santan yang dihasilkan daripada kelapa, rencah diperlukan bagi menghasilkan makanan enak terutama masakan tradisional Melayu yang kaya dengan pelbagai rasa. Bagi menghasilkan santan, prosesnya tidak begitu susah kerana kelapa yang dimesin perlu diperah sehingga menjadi santan.

Bagi seorang pengusaha santan, yang tinggal di sekitar daerah Yan, Kedah telah mengusahakan perniagaan santan ini selama beberapa tahun, menurutnya, beliau memerlukan kira-kira 200 biji kelapa bagi menghasilkan santan setiap hari.

Namun kini, beliau dapat menarik nafas lega apabila perusahaan santan yang diusahakannya mendapat perhatian daripada (LZNK), melalui wakil Pejabat Zakat Daerah Yan (PZDY)  telah menyerahkan sebuah mesin memerah santan melalui skim bantuan jayadiri zakat Kedah kepada dua orang asnaf yang dipilih.

Dalam masa yang sama juga, seorang daripada asnaf lain turut menerima bantuan jayadiri daripada zakat kedah berupa Freezer  yang mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat mepercepatkan lagi proses penghasilan produk mereka sekaligus dapat menambahkan pendapatan mereka seharian.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”