KOTA SETAR, 08 MAC 2020 – Seramai 27 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pondok Moden Zakat Kedah (PMZK) memperoleh keputusan cemerlang A dalam subjek yang diambil pada peperiksaan SPM tahun lalu.

Apa yang lebih menariknya, keputusan tersebut buat julung kalinya menyaksikan semua pelajar lepasan PMZK mendapat kelulusan 100% dan layak mendapat Sijil Pelajaran Malasia (SPM) dengan memperoleh gred purata kumulatif sekolah 3.29.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, keputusan SPM di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan Gred Purata Negeri 5.02 berbanding 5.05 pada 2018, manakala Gred Purata Nasional (GPN) ialah 4.90.

Menurutnya, pencapaian calon-calon SPM 2019 di bandar dan luar bandar juga turut menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Pondok Moden Zakat Kedah tidak terkecuali daripada senarai pencapaian pelajar cemerlang SPM 2019.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman turut menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian yang begitu memberansangkan oleh kesemua pelajar PMZK yang memperolehi keputusan cemerlang SPM tersebut.

Antara 27 calon SPM daripada PMZK yang mendapat keputusan cemerlang 9A seramai
4 orang, 8A – 6 orang, 7A – 5 orang, 6A – 2 orang, 5A – 2 orang, 4A – 2 orang, 3A – 1 orang
2A – 4 orang dan 1A – 1 orang.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”