18 DISEMBER 2017 – Enviroment Idaman Kedah/Perlis hari ini menyerahkan zakat perniagaan mereka bernilai RM600,00.00 bagi tahun kewangan 2017 di Wisma Idaman, Alor Setar, Kedah.

CEO Enviroment Idaman Kedah/Perlis, IR.Mohd Saiful Anuar Zainal yang mengetuai serahan zakat tersebut menyerahkan zakat perniagaan Idaman kepada Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) Syeikh Zakaria Othman.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria Othman berkata, semua agensi haruslah membuat pengiraan zakat mengikut taksiran yang tepat dan syarikat yang membayar zakat berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada kakitangan mereka yang berkelayakan.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan ketua Pegawai Eksekutif Dakwah dan Kutipan (LZNK) Mohd Faisal Mustaffa dan Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Suraidi Saad.