4 Jun 2017 – Penduduk di daerah Kuala Muda hari ini menerima berita gembira apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengagihkan bantuan Miskin Tahunan bermula hari ini.jlis yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Haji Zakaria Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK itu diadakan bertempat di Masjid Taman Ria, Sungai Petani.

Seramai 5,053 orang penerima mendapat RM450 seorang bagi bantuan ini dengan kos perbelanjaan sebanyak RM2,273,850 secara keseluruhan daerah Kuala Muda.

…saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan kepada penerima ini dalam menyambut Ramadhan dan juga bulan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak berapa lama lagi.

Pada tahun lepas, sebanyak RM3,020,400 telah diagihkan kepada 5,034 orang penerima.