12 Jun 2017 – Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Y. Bhg. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluangkan masa menyerahkan bantuan Derma Siswa Indonesia, Mesir dan Jordan di dewan besar Menara Zakat.

Seramai 607 orang pelajar bakal menerima bantuan ini yang secara keseluruhannya berjumlah RM3.6 juta pada tahun ini.

Y. Bhg. Dato’ Paduka Haji Bakar berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut memberikan bantuan Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Morocco pada tahun lepas.

…pada tahun lepas, seramai 643 orang telah mendapat bantuan ini yang membawa jumlah sebanyak RM3.9 juta.

Bagi Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Indonesia, seramai 110 orang menerima RM5,000 tiap seorang manakala bagi Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir pula seramai 468 orang menerima bantuan ini berjumlah RM2.8 juta serta Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Jordan, seramai 29 orang menerima bantuan ini dengan jumlah agihan bernilai RM3.6 juta.

Beliau turut mengulas LZNK telah mengagihkan sejumlah besar duit zakat melalui sektor pendidikan dalam mahupun luar negara ini.

Teruskan menyokong kami (LZNK) kerana inilah bukti agihan dan ketelusan kami dalam melaksanakan perintah dan tanggungjawab kami.