SIK, 19 DISEMBER 2018 – Inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam membantu golongan asnaf amat dititik beratkan apabila ada di kalangan mereka yang terputus sumber pendapatan untuk mencari sesuap nasi.

Baru-baru ini, Penolong Amil Kariah Jeneri, Sik Ustaz Abd Mutalib telah menguruskan satu majlis ringkas agihan pusat bekalan makanan jeneri kepada 15 orang keluarga asnaf.

Bantuan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Imam kariah, Hj Ismail sejurus selepas selesai solat zohor.

Sementara itu, Pusat Bekalan Makanan Masjid Kampung Betong beroperasi sehinnga ke waktu malam. Menurut Penolong Amil, Ustaz Zali berkata, urusan pusat bekalan makanan tersebut dilanjutkan sehingga waktu isyak bagi memudahkan para asnaf yang bekerja pada siang hari mengambil makanan sesudah mereka pulang dari kerja.

Terdahulu, 5 keluarga asnaf telah hadir bagi menuntut dan mengambil pek makanan mereka daripada penolong amil kariah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf