CAIRO, 12 FEBRUARI 2019 – Seramai 44 graduan Ain Shams Universiti, Mesir menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan sempena Majlis Konvokesyen Ain Shams Universiti yang berlangsung pada 9 Februari 2019 bertempat di Convocation Place Hall,Training & Education Enhancement Centre (TEEC), Faculty of Medicine Ain Shams University, Mesir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman, daripada 44 graduan tersebut, 21 daripadanya merupakan graduan di bawah Tajaan Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Majlis Konvokesyen yang telah diadakan itu berlangsung dengan jayanya dengan dihadiri oleh para waris pelajar dan tetamu kehormat.

Diantara tetamu yang hadir dan turut menyampaikan anugerah kepada graduan perubatan Ain Shams Universiti adalah Duta Malaysia Ke Mesir TYT Ambasador Mohammad Hanif Abdul Rahman dan Dekan Fakulti Perubatan Ain Shams Universiti, Professor Dr. Mahmoud El Metini. Turut hadir sama dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Kakitangan Akedemik, Professor Dr. Ashraf Omar dan Professor Dr. Shahera Samir .

Selain itu, lebih membanggakan apabila salah seorang daripada graduan tajaan Biasiswa LZNK, Anis Nurhani Bahrin, anak sulung daripada 3 orang adik beradik yang berasal dari Changloon Kedah telah menerima anugerah pelajar cemerlang (MUMTAZ) dalam Fakulti perubatan selama 6 tahun berturut-turut bermula tahun pertama hingga tahun keenam pengajian daripada pihak Universiti berkenaan.

Anis Nurhani mendapat pengajian awal di sekolah berasrama penuh integrasi Kubang Pasu.

Bapa beliau bekerja sebagai Penolong Juru Ukur Bahan di Universiti Utara Malaysia (UUM), manakala ibunya pula bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar. 

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana menaja pengajian dan memberi peluang kepada saya untuk belajar di Ain Shams Universiti, Mesir. Terima kasih banyak-banyak dan saya mewakili seluruh pelajar-pelajar perubatan di bawah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah ingin mengucapkan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat Kedah, tidak terbalas sumbangan anda semua”

“Insyaallah dengan kejayaan yang diperoleh ini, saya serta semua pelajar perubatan tajaan zakat Kedah akan menjadi salah seorang daripada pembayar-pembayar zakat kelak”.  Katanya kepada pemberita dalam rakaman temubual baru-baru ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf