KUALA MUDA, 12 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda baru-baru ini berkesempatan menziarahi sebuah Maahad Tahfiz An-Nur di Kampung Batu 5, Simpang Bujang, Bedong Kedah.

Pusat tahfiz yang menempatkan keseluruhan pelajar seramai 130 orang meliputi 80 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan itu turut menempatkan seramai 8 orang tenaga pengajar.

Menurut Pengurus Maahad Tahfiz An-Nur, Ustaz Shahril Bani, pusat tersebut telah didirikan diatas tanah milik keluarga yang telah diwakafkan dan telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Pusat tahfiz tersebut telah dibahagikan kepada dua kawasan yang mengasingkan diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda juga turut menghulurkan sumbangan berupa makanan keperluan asas bagi kegunaan semasa pelajar.

Pihak zakat juga akan berbincang dengan pihak tahfiz mengenai beberapa tindakan susulan yang boleh diambil seperti perlantikan pusat tahfiz tersebut sebagai ejen kutipan zakat.

Selain itu, hasil dari kutipan zakat yang oleh ejen zakat, sebahagian dari kutipan tersebut akan diagihkan semula kepada ejen untuk pembangunan pusat kutipan.

Hal ini sedikit sebanyak dilihat sebagai satu usaha untuk membantu perkembangan pusat-pusat tahfiz dan sekolah-sekolah agama.

Pihak pembayar zakat juga akan mendapat resit rasmi zakat dan layak mendapat rebat cukai pendapatan atas setiap bayaran zakat yang dilakukan kepada ejen zakat yang telah dilantik.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf