LANGKAWI, 3 OKTOBER 2018 – Berkat kesabaran seorang ibu tunggal melalui ujian hidup, akhirnya membuahkan hasil apabila pejabat zakat daerah langkawi telah meluluskan permohonan bantuan jaya diri beliau.

Bantuan jaya diri yang berupa periuk nasi butterfly itu telah diserahkan kepada Haliah, oleh Pejabat Zakat Daerah Langkawi, melalui Ustaz Faqih Naufal dan Ustaz Muhammad di Kampung Perana, Langkawi.

Menurut Haliah, pergerakan beliau buat masa sekarang agak terbatas kerana terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Namun begitu, beliau tetap kuat untuk menyara kehidupan keluarga dengan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan.

Dalam masa yang sama, Haliah turut menzahirkan perasaan gembira dan syukur di atas bantuan yang diterimanya dan berharap agar dengan adanya periuk nasi baru ini, dapat menambah pendapatan beliau dalam penjualan nasi lemak seterusnya membolehkan beliau untuk membayar sewa rumah yang didiami oleh beliau sekeluarga dengan mudah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf