KULIM, 3 OKTOBER 2018 – Penerima-penerima bantuan kewangan bulanan baru-baru ini telah disantuni oleh Pegawai Pejabat Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain bersama kakitangannya bagi menyerahkan wang secara tunai di sekitar Qaryah Naga Lilit.

Tujuan penyerahan wang secara tunai kepada golongan asnaf yang menerima bantuan kerana ada diantara mereka yang tidak memiliki kenderaan untuk mengambil wang bantuan tersebut di bank malah, ada juga yang telah uzur dan tidak mempunyai tanggungan yang menjaga mereka walaupun umur hampir mececah 99 tahun.

Menurut Ustaz Mohd Khalil, pihak zakat amat menggalakkan masyarakat di luar sana dapat bersama untuk membantu golongan asnaf di daerah ini dengan menyalurkan maklumat mereka kepada pihak zakat bagi memudahkan urusan yang dialami oleh golongan asnaf tersebut.

Tambahnya lagi, memandangkan masih terdapat beberapa individu golongan asnaf yang memerlukan perhatian sewajarnya, maka dengan itu pihak zakat akan sentiasa bertindak aktif dan prihatin untuk menyantuni nasib golongan asnaf ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf