LANGKAWI, 30 SEPTEMBER 2018 – Harison Ahmad, yang berusia 63 tahun menzahirkan perasaan syukur dan senyuman gembira di wajahnya apabila telah menerima bantuan jaya diri yang berupa sebuah Periuk Nasi Panasonic daripada Pejabat Zakat Daerah Langkawi.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal bersama 4 orang anaknya di Jalan Bukit Hantu.
Menurut Harison, beliau hanya bekerja sebagai penjual nasi lemak secara kecil-kecilan dan hanya dengan sumber jualan nasi lemak sahaja dapat membantu untuk menyara kehidupan beliau serta anak-anaknya.

Dalam pada itu, Harison mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan para pembayar zakat kerana dengan bantuan yang diterima dapat membantu menambahkan pendapatan beliau di samping memudahkan urusan dalam penjualan nasi lemak.

Turut hadir untuk menyerahkan bantuan tersebut ialah Pegawai Bahagian Operasi Zakat Daerah Langkawi, Ustaz Muhammad dan Ustaz Mohamad Faqih Naufal.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf