POKOK SENA, 3 SEPTEMBER 2018 – Mohamad Ishak Md Isa, 54 tahun kini dapat menarik nafas lega apabila permohonan bantuan jaya diri beliau mendapat kelulusan daripada Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena.

Menurut Ishak, punca pendapatan beliau hanya bergantung kepada pekerjaanya sebagai buruh binaan sahaja memandangkan isterinya hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

Namun, disebabkan oleh faktor kekangan peralatan yang tidak lengkap menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk meneruskan kerja hariannya.

Tetapi dengan bantuan jaya diri yang diluluskan oleh pihak zakat seperti sebuah mesin pengadun konkrit / rotary hammer & cut off saw machine dapat meringankan dan memudahkan urusan beliau di masa akan datang.

Pegawai zakat derah pokok sena, ust mohd sani harun berkata dengan sumbangan yang diterima oleh Ishak dapat memudahkan kerja seharian serta mampu menyara keluarga beliau.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf