LANGKAWI, 02 OGOS 2018 –  Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini berkesempatan mengadakan satu pertemuan antara wakil (LZNK) bersama keluarga pelajar asnaf di Sekolah Agama Al-Baqiyatul Sholehat dalam Program jelajah Inspirasi Kecemerlangan Pelajar Asnaf di Pulau Langkawi.

Dalam program yang sama, wakil LZNK turut tampil bagi memberi pencerahan kepada semua waris yang menerima bantuan pelajar cemerlang dan dalam masa yang sama melontarkan kata-kata semangat kepada pelajar asnaf yang menerima bantuan tersebut.

Dalam pada itu, pihak pentadbiran sekolah juga turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada LZNK kerana memilih sekolah ini untuk menyalurkan bantuan pelajar asnaf.

Selain itu, pegawai Zakat Daerah Langkawi ,Ustaz Yusuf Ahmad dalam ucapannya berkata ” Harapan saya kepada para waris dan juga pelajar-pelajar yang menerima bantuan tersebut agar dapat meningkatkan lagi prestasi pendidikan dalam akedamik mahupun bidang agama” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf