YAN, 02 OGOS 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewujudkan skim bantuan jaya diri kepada asnaf fakir dan miskin sejak sekian lama bagi tujuan menjana pendapatan mereka.

Selain itu LZNK juga tidak hanya tertumpu kepada bantuan berbentuk bulanan semata-mata bagi membantu golongan asnaf tersebut. Hal demikian bagi menggalakkan mereka berusaha menjana pendapatan yang lebih supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Aisyah Ali Hussain yang tinggal di Kampung Batu 17, Yan Kedah merupakan salah seorang penerima bantuan jaya diri daripada Pejabat Zakat Daerah Yan.

Beliau telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual makanan seperti laksa dan bihun sup bersama seorang lagi anaknya yang merupakan ibu tunggal.

Terdahulu, Aishah telah menerima bantuan jayadiri berbentuk keperluan gerai seperti kerusi, meja serta payung bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih selesa.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Zakat Yan, Hamzani Haron@Ahmad meninjau barangan yang dihantar oleh pihak pembekal kepada Aisyah tempoh hari. Semoga dengan bantuan ini, beliau dapat menjana pendapatan bagi meneruskan hidup.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf