KOTA SETAR, 25 JULAI 2018 – “Sudah jatuh ditimpa tangga” begitulah ungkapan yang dapat digambarkan ke atas keluarga Johari Zakaria, 60 tahun apabila beliau ditemui maut dalam tragedi runtuhan dinding di tempat kerja beliau.

Berikutan daripada kejadian tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala, leher, dan anggota badan lain setelah dibedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Dalam pada itu, Johari meninggalkan seorang balu Salihah Che Pi, 54 tahun bersama 4 orang anaknya yang tinggal di Kampung Padang Lalang.

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa, Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) melalui pegawainya, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad berkesempatan menziarahi keluarga mangsa sekaligus menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM300.00 bagi meringankan beban keluarga mangsa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”