POKOK SENA, 13 OGOS 2018 – Nasib sebuah keluarga mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena apabila kediaman mereka terjejas akibat bencana ribut yang berlaku baru-baru ini di Kampung Kuan Buang Nawa.

Dikatakan kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.00 petang itu telah menyebabkan sebahagian daripada atap rumah mereka mengalami kerosakan yang teruk dan perlu diperbaiki segera kerana keadaan rumah mereka yang sedia ada juga sudah uzur.

Menurut mangsa yang bekerja sebagai nelayan, walaupun mereka diuji dengan bencana tersebut namun beliau sangat bersyukur kerana tiada kejadian yang meragut nyawa berlaku terhadap keluarganya kerana ketika kejadian hanya isteri serta 4 orang anaknya yang tinggal di dalam rumah sementara beliau sedang mencari rezeki di laut.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Pokok Sena, Ustaz Mohd Sani Harun turut menyerahkan sedikit sumbangan berupa kit makanan asas dan akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf