ALOR SETAR, 29 MEI 2019 – Umat Islam di Kedah dinasihatkan bayar zakat fitrah kepada amil sah yang dilantik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, amil dilantik LZNK akan mengeluarkan resit berwarna maroon setiap kali pembayaran dibuat bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan mencetak resit palsu.

Katanya setiap tahun LZNK mencetak resit zakat fitrah dengan warna berlainan, tahun ini resit yang dikeluarkan mempunyai 3 warna mengikut 3 kadar jenis beras yang dimakan antaranya resit berwarna maroon bagi kadar RM7.00, warna oren bagi kadar RM14.00 dan warna merah bagi kadar RM21.00.

beliau berkata demikian selepas perasmian Kaunter Pandu Lalu yang dirasmikan oleh Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato Syeikh Fadzil Haji Awang di Menara Zakat Kedah.

Menurut Syeikh Zakaria, Perkhidmatan Kaunter Pandu Lalu ini diperkenalkan sejak tahun 2017 di Kedah, beliau berkata sejak diperkenalkan kaunter tersebut kutipan zakat fitrah menunjukkan peningkatan yang tinggi hampir setiap tahun.

Selain itu kaunter ini juga menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan itu dan Ia nyata memudahkan mereka untuk membayar zakat dengan cepat tanpa perlu ke kaunter.

Kaunter pandu lalu ini akan mula beroperasi pada 20 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019 bermula dari jam 8 pagi hingga tamat waktu bekerja setiap hari, manakala 3 hari akhir ramadhan kaunter ini akan beroperasi bermula awal pagi hingga lewat tengah malam.
Tambahnya lagi kaunter pandu lalu ini juga akan turut beroperasi di setiap 12 daerah seluruh negeri Kedah.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan umat islam supaya mengambil berat berkenaan pembayaran zakat fitrah kerana ia berkait rapat dengan ibadat puasa dilaksanakan.
Turut hadir sama, Dato’ Ketua Hakim Syarie Kedah, serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”