ALOR SETAR, 29 MEI 2019 – Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah menganjurkan satu program singgah sahur bersama anggota badan beruniform di 3 daerah.
Program yang bermula seawal jam 3.30 pagi itu dimulakan dengan daerah Kota Setar, Pokok Sena dan diakhiri dengan daerah Padang Terap.
Sepanjang program itu berlangsung Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan sebanyak 300 bungkus makanan dan minuman kepada petugas-petugas anggota polis, bomba, kakitangan hospital dan sebagainya.
Antara tujuan program ini dilakukan adalah untuk menghargai jasa serta penat lelah para petugas-petugas anggota polis, bomba serta kakitangan hospital yang setiap hari tanpa mengira waktu sanggup bersengkang mata mengerah keringat dalam memastikan keselamatan masyarakat awam dan Negara terjaga dengan elok dan selamat.
Turut hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan dan Pembangunan Asnaf, Ridzuan Ahmad, Ketua Jabatan Agihan, Hamidi Mohd Nor, dan Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Hambali Mohd Puat serta kakitangan daripada LZNK.
350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH
“PEDULI ASNAF??
HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740
“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”