BALING, 02 DISEMBER 2018 – Kehidupan sebuah keluarga yang hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, seorang bapa terpaksa meninggalkan ibu kandung, isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil tinggal di sebuah kebun getah buat sementara waktu.

Ibunya, Ngadiyem Majasentana,55 tahun yang tinggal di Kampung Banggol Lada itu telah mendapat perhatian PZD Baling apabila mereka memohon bantuan rumah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Dalam pada itu, siasatan yang telah dilakukan oleh wakil PZD Baling. Ternyata mendapati mereka tinggal di kawasan pedalaman dan di tengah-tengah kebun getah.

Menurut Ngadiyem, beliau sudah setahun tinggal di rumah tersebut bersama anak, menantu dan cucu-cucunya oleh kerana kematian suami pada 3 tahun yang lalu.

Tambah beliau lagi, beliau sangat berharap bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana beliau yang hanya mengambil upah dengan menoreh getah tidak mampu untuk mendirikan sebuah rumah yang selesa dan selamat buat keluarganya.

Walaubagaimanapun, wakil PZD Baling akan mempertimbngkan permohanan mereka bagi menyalurkan bantuan sewajarnya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf