KULIM, 10 MAC 2020 :- Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Pondok Labu, Keladi, Kulim tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dengan sekelip mata berikutan kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.00 petang baru ini.

Berikutan kejadian yang menimpa keluarga Ridzuan Saad bersama isteri dan seorang anak yang berusia tiga tahun itu, mereka tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Meskipun rumah mereka terbakar sepenuhnya dan tidak ada barang yang dapat diselamatkan, mereka tetap tabah dan redho dalam ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT ini.

Ridzuan ketika di temui berkata “Kami redha dengan kehendak Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga selamat”.

Apa yang menyedihkan anak beliau juga yangmasih kecil mengidap penyakit ‘Goldenhar Syndrome dan buah pinggang.

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim hadir memberi bantuan kit makanan dan bantuan musibah alam. Semoga keluarga ini tabah dan bersabar dengan dengan ujian ini.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”