KUALA MUDA, 09 MAC 2020 : Hasil aduan dan makluman daripada jururawat masyarakat yang melakukan pemeriksaan rutin kepada seorang ibu yang baru bersalin, pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda (PZDKM) dengan pantasnya menyantuni seorang ibu yang menanggung 6 orang anak termasuk seorang yang baru dilahirkan.

Keluarga yang tinggal menyewa di Taman Spice Village, Kuala Muda ini hidup dalam serba kekurangan.

Ketua keluarga yang sebelum ini berniaga kini hanya bekerja sebagai buruh di sebuah kilang.

Pendapatan yang tidak seberapa berbanding dengan tanggungan yang ramai telah menyukarkan Mohd Safuan dalam menguruskan keluarganya sendiri.

Selain itu, rumah yang disewa mereka juga dalam proses untuk dilelong oleh pihak bank.

Hasil lawatan yang dilakukan, pihak PZDKM telah menyerahkan bantuan berupa satu kit makanan sebagai bantuan permulaan sebelum bantuan selanjutnya diproses.

Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua masyarakat yang sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat sesama agama kita. Mudah-mudahan Allah Taala melimpahkan rahmat kepada semua dari kita.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”