KULIM, 25 OKTOBER 2018 – Kisah Mohd Jais Othman yang tinggal seorang diri di sebuah rumah usang telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim. Kisah tersebut telah tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat yang bersimpati dengan nasib beliau.

Wakil Pejabat Zakat Kulim bersama Penolong Amil Kariah Padang Cina baru ini telah menziarahi Mohd Jais, namun beliau tiada di rumah. Namun begitu, wakil Zakat Kedah dapat bertemu dengan adiknya yang tinggal bersebelahan rumahnya bagi mendapatkan maklumat berkenaan Mohd Jais.

Menurut adiknya,Siti Mariam Othman, rata-rata penduduk Padang Cina mengenali abangnya kerana beliau sering berjalan di sekitar kampung. Abangnya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun telah bercerai setelah disahkan mengalami tekanan perasaan serta diberi bersara awal daripada pekerjaanya sebagai tentera.

Keadaan rumah pusaka yang didiami beliau amat uzur dan tidak terurus dengan baik. Malahan Makan minum beliau sering disediakan oleh adiknya namun hampir setiap hari beliau hanya menjamu selera di kedai berhampiran.

Terdahulu, Zakat Kedah turut menyerahkan kit bantuan makanan kepada adiknya sebagai wakil kepada Mohd Jais.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf