KULIM, 25 OKTOBER 2018 – Kerusi roda khas (Manual Lightweight Wheelchair) amat diperlukan oleh adik Muhammad Fadhil Wafi,12 tahun, seorang penghidap penyakit Cerebral Palsy with Spastic Quadriplegia akibat perinatal asphyxia sejak lahir. Kesan daripada penyakit tersebut, beliau menderita Global Development Delay.

Kisah adik Wafi telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak yang turun menziarahi beliau baru ini. Adik Wafi amat memerlukan kerusi roda khas tersebut kerana Kerusi yang digunakan sebelum ini sudah tidak mampu memberikan keselesaan dan mobiliti kepada adik Wafi memandangkan beliau semakin membesar.

Waris beliau, Rosmani Ismail,42 tahun, hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM 2,000.00 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga dan perubatan anak mereka. Mereka sekeluarga tinggal menetap di Taman Kenari, Kulim sejak 14 tahun yang lalu sehingga kini.

Sewaktu tinjauan ke rumah adk Wafi beberapa maklumat penting berkaitan keluarga ini telah diambil untuk tujuan penilaian kelayakan. Malah, borang permohonan bantuan turut diserahkan kepadanya untuk diisi bagi tujuan dokumentasi oleh pihak Zakat

Menurut Ustaz Khairi, beliau berasa amat simpati atas ujian yang menimpa keluarga tersebut dan akan berusaha membantu mereka membeli kerusi roda khas memandangkan Kos pembelian kerusi roda tersebut juga mencecah hampir RM3,000.00.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf