KULIM, 15 OGOS 2018 – Kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang tular di laman sosial Facebook mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pelbagai agensi kerajaan yang lain bagi meringankan bebanan mereka.

Pegawai Zakat Daerah Kulim, Mohd Khairi Ishak berkata, pihaknya mengambil tindakan segera apabila isu berkenaan ibu tunggal terbabit, Sahana Ramly, 47 tahun, yang tinggal bersama tiga anaknya di sebuah kiosk menjual jajan di Dataran Putra, di sini, tular di media sosial pada awal tahun 2018.

Namun begitu, kisah keluarga tersebut menjadi tular kembali di media sosial kelmarin, hasil semakan, beliau merupakan seorang penerima bantuan zakat sejak tahun 2016 sehingga kini melalui Pejabat Zakat Daerah Kulim.

Menurut Mohd Khairi Ishak, “Pihak kami bersama Pegawai Daerah Kulim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim pernah menziarahi keluarga ini awal tahun yang lalu apabila kisahnya telah ditularkan oleh masyarakat setempat.”

“Pihak kami sekali lagi turun padang semula menziarahi keluarga ini pagi semalam bagi membuat semakan semula ke atas maklumat keluarga tersebut dengan kadar segera. Pihak kami juga amat memandang serius keatas kes ini kerana ada sesetengah masyarakat mengecam pihak zakat dengan pelbagai tuduhan tanpa usul periksa.” katanya.

Terdahulu, Mohd Khairi turut memberikan bantuan berupa kit makanan asas kepada keluarga Sahana bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung olehnya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf