SIK, 15 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik terus cakna dan bertindak pantas turun padang apabila mendapat maklumat kira-kira 2 jam selepas kejadian, rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Lubuk Besar hangus dijilat api.

Alias Adam, 44 tahun berkata walaupun keadaan mereka kini hanya tinggal sehelai sepinggang, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pada waku kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah.

Namun begitu punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan penyelamat daerah Sik.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam telah menyerahkan kit bantuan makanan asas dan wang kecemasan segera sebanyak RM300 sebagai bantuan awal sementara bantuan susulan disalurkan dengan membina sebuah rumah baru untuk Alias sekeluarga.

Dalam pada itu, Imam kariah Lubuk Besar, Ustaz Yusak Ibrahim yang turut hadir menzahirkan rasa terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) kerana pihak zakat sanggup turun padang menziarahi anak kariah beliau yang ditimpa musibah kebakaran.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf