6 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui cawangan zakat Kuala Muda hari ni mengaihkan bantuan Awal Persekolahan bernilai RM1,571,200 kepada 3,866 orang penerima bantuan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakarian Othman berkata, LZNK telah mengagihkan sebanyak RM8 juta nilai bantuan tersebut pada tahun ini dengan jumlah penerima bantuan berjumlah 20,102 orang penerima.

…saya sangat berpuas hati dengan agihan yang telah dilakukan dan insya Allah, akan lebih ramai lagi asnaf dibantu selepas ini. Teruslah memberikan sokongan kepada LZNK dengan menunaikan zakat anda di LZNK.

Beliau yang ditemui di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani ketika menyampaikan bantuan kepada beberapa individu terpilih turut mengulas, LZNK sangat perihatin terhadap asnaf baik di desa mahupun yang tinggal dikawasan terpencil dan pihak kami (LZNK) akan terus memastikan bantuan ini sampai kepada mereka.

…Sehingga kini, kutipan zakat di daerah Kuala Muda mencecah RM2.1 juta berbanmding agihan yang dijalankan pada tempoh yang sama iaitu sebanyak RM4.2 juta.