8 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus memastikan impian dan hasrat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) melalui Program Konvoi Kembara Zakat 2016 (KKZ) lalu menjadi kenyataan apabila rancangan pembinaan sebuah bangunan kekal diberi nama Surau Al-Barakah hampir siap sepenuhnya menjelang awal Mei 2017.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani bin Harun berkata, pihaknya telah sedaya upaya merealisasikan hasrat mantan Ketua Pengarah JAWHAR, Y.Bhg. Datuk Anan bin C. Mohd untuk membangunkan sebuah surau di Kampung Batu 8, Jalan Jeniang, Gurun hasil sumbangan setiap Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

Terdahulu, KKZ telah berjaya mengutip lebih RM70 ribu apabila menerima sumbangan daripada hampir kesemua MAIN dan AMZ seluruh Malaysia.

Surau ini dijangka siap sepenuhnya menjelang awal Mei 2017 ini.