ALOR SETAR, 29 APRIL 2021 :-  Setelah mendapat perkenan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Khamis 29 April 2021 lepas, dengan ini secara rasminya logo Lembaga Zakat Negeri Kedah telah dijenamakan semula dengan wajah baharu.

sekaligus menjenamakan semula imej LZNK supaya lebih bercirikan korporat dan menyerlah sebagai sebuah institusi kewangan islam yang berwibawa.

Penjenamaan semula logo ini adalah sesuai dengan hasrat KDYMM Tuanku bagi menyerlahkan lagi “visibility” dan imej korporat LZNK supaya lebih mudah dikenali setanding dengan Institusi-Institusi Kewangan Sosial Islam yang lain di seluruh dunia.
Cukuplah perkataan LZNK itu sendiri sebagai jenama yang akan melekat dalam fikiran dan hati setiap masyarakat selepas ini bagi menunjukkan bahawa kami sentiasa ada membantu.
Apa yang diharapkan semoga LZNK terus diberi kekuatan dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga umat islam terus maju bersama Institusi Islam itu sendiri.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”