ALOR SETAR, 13 MEI 2019 – Bahagian Pembangunan Asnaf telah menjalankan satu sesi temuduga Program Juruteknik Penerbangan Pesawat Darat di Menara Zakat Kedah baru-baru ini.

Program ini dibuat dengan kerjasama antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan Admal Aviation Collage (AAC) dan Pos Aviation.

Tujuan program ini dibuat adalah untuk membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada anak-anak asnaf yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di atas faktor kekangan kewangan mahupun peribadi.

Selain itu, dalam masa yang sama para permohon juga harus melakukan saringan air kencing bagi memastikan anak-anak asnaf yang ingin bersama dalam program tersebut bebas daripada segala gejala yang tidak berfaedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”