Utama Berita Agihan PZD KUALA MUDA BERSAMA S.K PINANG TUNGGAL SANTUNI 4 KELUARGA DALAM PROGRAM...

PZD KUALA MUDA BERSAMA S.K PINANG TUNGGAL SANTUNI 4 KELUARGA DALAM PROGRAM ZIARAH CAKNA

340

KUALA MUDA, 8 MEI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda bersama Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal baru-baru ini berkesempatan menyantuni 4 keluarga pelajar yang merupakan pelajar di sekolah berkenaan.

Program yang dinamakan sebagai ‘Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah’ ini bertujuan menziarahi keluarga pelajar terpilih yang berdepan masalah sama ada dari segi pelajaran mahupun kesihatan.

Program ini turut melibatkan beberapa organisasi lain seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda /Yan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda.

Program ini merupakan salah satu usaha sama yang baik di antara agensi berkenaan bersama pihak sekolah dalam membantu perkembangan keluarga yang terpilih.

Menurut wakil dari Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda, Ustaz Mohamad Salahuddin Johari beliau melihat ilmu pengetahuan ini merupakan satu faktor yang penting dalam membantu seseorang meningkatkan taraf kehidupan keluarga kerana Ilmu membolehkan seseorang individu itu mengeluarkan keluarganya daripada kepompong kemiskinan.

Dalam pada itu, Pihak LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar SK. Pinang Tunggal, Mohd Nizam Abu Bakar di atas kesudian menganjurkan program seperti ini dan berharap program ini dapat membangunkan modal insan cemerlang dan wajar diteruskan untuk masa hadapan bagi memastikan masyarakat sentiasa dekat dengan pihak sekolah dan warga pendidik khususnya. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”