SIK, 14 OGOS 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) julung kalinya telah mengadakan program Ibadah Qurban bersama asnaf fakir miskin di daerah Sik dan Baling.

Terdahulu, 3 ekor lembu peserta Ibadah Qurban LZNK telah diagihkan terus kepada asnaf fakir dan miskin di 3 Qaryah Gulau, Belantik, dan Kota Our baru-baru ini.

Manakala 2 ekor lembu lagi akan di laksanakan ibadah Qurban dan diagihkan kepada fakir miskin di daerah Baling pada raya ke 4.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah berkata, bersempena hari Raya Aidiladha ini LZNK telah menyediakan pakej kepada rakyat Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah Qurban untuk diagihkan terus kepada asnaf dengan kadar sebahagian daging RM 700.00 lembu gred A.

Katanya, Sehingga kini, terdapat lebih 17,500 keluarga asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan kewangan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Tambahnya, Penyertaan tersebut boleh dibuat melalui laman sesawang www.sadaqah.com.my atau terus ke Pejabat Zakat yang terdekat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”