ALOR SETAR, 29 FEBRUARI 2019 – SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh ketua-ketua Negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SDGs merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang diteruskan selepas berakhirnya Millennium Development Goals (MDGs) pada 2015. MDGs mempunyai 8 matlamat dan 21 sasaran.

Manakala SDGs diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan matlamat bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mapan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Terdahulu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan satu program seminar perlaksaan Sustainable Development Goals (SDGs 2030) melalui inisiatif Zakat bertempat di TH Hotel & Convention Center.

Program yang berlangsung selama satu hari itu telah melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan, institut pengajian tinggi, syarikat-syarikat korporat, badan NGO, pusat-pusat zakat negeri serta Baitulmal seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman, Demi memperkasakan lagi agihan Zakat, LZNK turut melaksanakan SDG 2030 (Sustainable Development Goals) yang diperkenalkan oleh United Nation Development Programme seiring dan bertepatan dengan VISI LZNK iaitu menjadi sebuah agensi pengurusan zakat bertaraf dunia.

Tambahnya lagi, seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada kakitangan, para penyelidik serta rakan strategik LZNK di negeri Kedah untuk menyumbang serta memberi percambahan idea serta meneroka inisiatif baharu dalam membantu golongan asnaf di negeri Kedah selari dengan agenda SDGs 2030.

“Dengan perlaksanaan SDGs 2030 ini secara tidak langsung LZNK dapat membantu golongan fakir miskin dalam menaikan taraf ekonomi dan kehidupan mereka sekaligus mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan,”

“Selain itu juga LZNK ingin menjadi salah satu daripada agensi zakat yang bertaraf dunia dan menjadi pusat rujukan daripada pelbagai pihak di luar sana,” katanya.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal (JAWHAR), Mohamad Saiful Haidiy Abd Hamid, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah (JKM), Azmi Abd Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Kedah, Dr. Fadzil Abdul Kadir, Timbahan Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji, Haji Muhamad Zaki Baijuri, Timbalan Rektor UniSHAMS, Dr. Rohani Desa dan Ahli Lembaga Zakat Kedah, Dr. Akli Ahmad.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf