KOTA SETAR, 15 MAC 2020 : Sepertimana yang telah semua maklum, dunia pada masa kini dilanda wabak jangkitan Coronavirus 2019 (COVID-19) dan pihak kerajaan sedang berusaha menangani wabak COVID-19 daripada terus merebak di Malaysia malahan seluruh dunia.

Justeru itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut memandang serius hal ini dan telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kesihatan para pelanggan dan warga kerja LZNK terjaga.

Hal ini adalah bagi memastikan kelangsungan operasi LZNK dan mengelakkan daripada perkhidmatan kami terjejas.

Antara langkah-langkah yang telah diambil perhatian adalah seperti berikut:

1. Pemantauan kesihatan warga kerja LZNK di Ibu Pejabat dan semua cawangan Pejabat Zakat Daerah setiap hari.

2. Pembatasan program dan interaksi bersama pihak luar.

3. Memastikan tahap kebersihan premis berada ditahap optimum dengan mengadakan proses disinfeksi secara berkala.

4. Tiada berjabat tangan ketika menerima zakat. Hanya akad penyerahan dan penerimaan bayaran zakat dan doa sahaja dikaunter LZNK.

5. Menggalakkan transaksi atas talian (online) bagi mengurangkan kadar interaksi secara bersemuka seperti di:

http://jom.zakatkedah.com.my

atau melalui aplikasi Zakat On Touch yang boleh dimuat turun oleh semua pengguna Android dan Apple di:

http://bit.ly/zotkdh

LZNK juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melindungi diri anda dan orang lain daripada dijangkiti virus COVID-19.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”