YAN, 12 MEI 2020 – Keputusan untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini bergantung kepada kata putus ditetapkan Kabinet tidak lama lagi.

Mufti Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang berkata, Mesyuarat Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yang diadakan sebelum ini sememangnya meletakkan hasrat uuntuk mengadakan solat Jumaat di seluruh Malaysia.

“Tetapi isu ini telah diambil alih Kabinet dan keputusannya dijangka akan diketahui minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Pelajar Pondok Maahad As-Syatirie (Pondok Sungai Dedap), Yan di sini, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini memaklumkan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jawatankuasa itu kemudian akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Kabinet untuk membuat keputusan.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”