17 April 2017 – Sebanyak 10,230 kampit beras 5 kilogram mula diedarkan bagi seluruh masjid karyah Kota Setar bermula hari ini.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mula mengagihkan beras fidyah secara berperingkat ke semua daerah di seluruh negeri Kedah ini bermula hari ini sehingga awal bulan Mei 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria Othman ketika merasmikan agihan beras fidyah di parkir menara zakat berkata, sebanyak 110 karyah seluruh Kota Setar bakal menerima beras ini.

…setiap masjid akan menerima sebanyak 100 kampit beras berbanding pada tahun 2016 dimana sebanyak 90 kampit beras 5kg diagihkan kepada setiap masjid seluruh negeri Kedah.

Pada tahun ini, sebanyak 71,803 kampit beras bakal diterima oleh 573 buah karyah di seluruh negeri Kedah sebagai persediaan kepada asnaf dalam menghadapi bulan penuh barakah, Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.