18 April 2017 -Keperitan hidup Yom Saad, 74, yang tinggal bersama anaknya terus diberi perhatian oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) apabila menerima sebuah rumah bantuan zakat di bawah asnaf miskin.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria Othman berkata, penyerahan ini merupakan satu daripada 53 buah rumah bantuan untuk fasa pertama ini dan bilangan penerima ini akan bertambah daripada semasa ke semasa.

…hari ini kita (LZNK) serahkan rumah zakat kepada puan Yom dengan harapan beliau sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Beliau yang ditemui ketika menyerahkan replika kunci rumah bantuan berkenaan turut mengulas LZNK sentiasa mengambil berat asnaf yang berada di seluruh negeri Kedah.

…kita telah memperkenalkan satu nombor aduan rasmi menggunakan aplikasi Whatsapp dengan mengambil butiran orang yang hendak kita laporkan dan pihak kami akan melakukan siasatan selebihnya.

Pada tahun 2016, sebanyak 120 buah rumah telah dibina dan diserahkan kepada penerima bantuan ini dengan agihan bernilai RM5.1 juta manakala bagi bantuan baik pulih rumah pula mencecah sebanyak RM5.8 juta dengan 272 orang penerima seluruh negeri Kedah.