KULIM, 04 DISEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama Kulim Advance Technologies telah melancarkan satu program baharu kemahiran industri belia asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh LZNK dengan peruntukan sebanyak RM165,000.00.

Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada asnaf telah dipilih untuk mengikuti kursus kawalan kualiti selama 3 ½ bulan ini dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan platform latihan dan kemahiran industri kepada golongan belia asnaf Negeri Kedah di samping dapat membangunkan ekonomi golongan belia asnaf ke tahap yang lebih tinggi sekaligus dapat membantu keluarga mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Terdahulu seramai 27 orang peserta program ini telah mengikuti sesi temuduga yang diadakan di Kompleks Pembangunan Asnaf Mergong Kedah pada 14 November 2018.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf