YAN, 04 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Yan baru-baru ini telah melakukan pemantauan penerima bantuan jaya diri daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah di Kampung Pondok Haji Mahmud, Bukit Besar.

Tujuan pemantauan ini dijalankan adalah untuk memastikan penerima-penerima memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diterima bagi membangunkan ekonomi keluarga mereka.

Salah seorang penerima bantuan zakat dibawah Skim Bantuan Jayadiri Adam Md Yusof dan Isteri yang menjalankan perusahaan rempeyek, kuih mazola dan beberapa jenis kuih tradisional yang lain.

Mereka telah menjalankan perusahaan ini sejak beberapa tahun yang lalu dan menjadikan perusahaan ini sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara 2 orang anak yang masih bersekolah.

Pada bulan Februari yang lalu, LZNK melalui Pejabat Zakat Daerah Yan telah menyalurkan bantuan perniagaan berupa sebuah mesin penguli tepung (Mixer B-20) yang bernilai RM2332.00.

Dengan adanya bantuan ini mereka dapat menerima tempahan yang banyak, dan dapat mempercepatkan lagi masa untuk memproses sekaligus menjimatkan masa dapat dipertingkatkan dan menjadi lebih maju seterusnya menjadi sebahagian daripada pembayar zakat suatu hari nanti.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf