KUALA MUDA, 6 SEPTEMBER 2018 – Satu majlis penilaian ke atas pemohon bantuan zakat di Qaryah Masjid Muhibbudin, Sungai Pasir  telah diadakan oleh Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda.

Ia merupakan satu usaha yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat sebelum penilaian bantuan yang sewajarnya diputuskan untuk para asnaf.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak imam dan ahli jawatankuasa masjid dan seramai 46 orang pemohon daripada Qaryah Sungai Pasir menghadirkan diri

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf