KUBANG PASU, 6 SEPTEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu menziarahi dan menyantuni sepasang suami isteri yang menderita akibat lumpuh dan uzur di kediaman mereka, Kampung Malau baru-baru ini.

Md Isa Ali, 70 tahun menderita sakit lumpuh separuh badan dan tidak mampu untuk  bergerak dengan sendirinya. Manakala isterinya, Zainab Mohd Nor, 56 tahun terpaksa bergerak dalam keadaan terhad kerana beliau tidak mampu berdiri akibat penyakit saraf dan lutut yang dialaminya.

Rentetan itu, Isa dan isterinya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada jiran terdekat mereka.

Wakil Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu ditemui berkata pasangan suami isteri tersebut adalah penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan dan dengan wang tersebut mereka gunakan untuk perbelanjaan harian mereka.

Dalam ziarah tersebut, PZDKP menyerahkan sebuah kit bantuan makanan kepada pasangan suami isteri tersebut dan bantuan selanjutnya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf