KUBANG PASU, 26 JULAI 2018 – Wakil pejabat zakat daerah Kubang Pasu hari ini berkesempatan menziarahi mangsa ribut yang berlaku di kampung Jeragan baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 5.00 petang Selasa lalu, mangsa Meliah Ali , 76 tahun, yang merupakan ibu tunggal hanya tinggal seorang diri ketika kejadian, manakala dua lagi anak beliau keluar bekerja.

Menurut beliau juga,  berikutan kejadian tersebut, beliau terpaksa menanggung kos kerugian yang dianggarkan sebanyak RM 15 000.

Terdahulu, Penolong pegawai agihan PZD Kubang Pasu, Ustaz Rokhaimi Mat Saad turut menyerahkan kit bantuan makanan asas kepada Keluarga tersebut bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”